Selasa, 10 Julai 2012

Identiti Lelaki Mengamuk Di Putrajaya Terbongkar


Nama yang digunakan adalah Jaya Negara. Penulisan terakhir di blognya bertajuk HIDUP DAN MATI....... apa yang dipertaruhkan.

Pening kepala aku membacanya. Bahasa yang digunakan nak kata tinggi, tidak juga, tapi berbelit-belit mengalahkan kata-kata DS Anwar.

Ayat-ayat Al-Quran yang dipaparkan sebagai dalil menyokong hujahnya mengalahkan PAS dan DAP ketika berceramah.

Semua dibedalnya, UMNO, Najib, Ustaz Kazim Elias pun kena jugak, Nik Aziz pun kena sembur, Sultan, Menteri Besar, habih kena..mufti-mufti pun jadi mangsa! Polis macam biasa dianjingkannya...

Pegangan jenis apa pun aku kurang pasti...syiah pun ke laut jugak...Ayah Pin jauh sekali!

 Ini profil dalam blog beliau (Ehsan Mesin Taip Buruk)


Membaca blog jayanegara, mungkin agak memeningkan kepala, namun dengan sedikit pembacaan di setiap entri, “kemungkinan” ianya mampu memberikan sedikit bayangan kepada sifat sebenar lelaki ini.
Khalil Afandi Hamid, 47, bapa kepada seorang anak dan Muhdalina Ahmad, 28, ibu kepada 2 orang anak telah di tembak oleh pihak polis berikutan kes amuk yang terjadi di bangunan JPM Putrajaya semalam.
Terdapat satu tulisan di blog jayanegara yang mungkin memberikan jawapan kepada persoalan sama ada dia Imam Mahadi atau sebaliknya. Tulisan tersebut seperti dibawah;
Jayanegara Blog Lelaki Yang Mengamuk Di JPM

Namun, ada juga pengikut yang turut berbahasa seperti dia...lagi pening!

Leave a reply

Older Post Home

AMUK DI JPM



AMUK DI JPM









    Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri kecoh apabila seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai. Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.
    Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut tidak dibenar masuk ke perkarangan bangunan. Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas,Suspek mengacu pedang samurainya ke leher SM Polis Bantuan JPM,Dan memasuki komplek B, memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 .
     Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal,Polis terpaksa melepaskan tembakan . Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut. Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali.

     Lelaki tu meninggal dunia di hospital akibat pendarahan teruk..al fatihah..

Ahad, 27 Mei 2012

Petronas taja gerakan Anwar?


Hassan perlu jawab Konathan Smith!
BUKU dalam talian The ‘I’ Files oleh Jonathan Smith yang membongkar kisah-kisah Anwar kini mula diperkatakan umum. Seperti yang ditulis sebelum ini iaitu kebanyakan kisah yang diceritakan adalah rahsia umum, setidak-tidaknya bagi para pemerhati politik veteran.
Kisah Anwar kahwin lari, bapa Wan Azizah mengamuk ingin menembak Anwar bukanlah sulit walaupun mungkin ramai anak-anak muda hari ini belum pernah mendengarnya. Malah, kisah-kisah bagaimana beliau ditaja oleh kumpulan ektremis Islam, pendokong Wahhabi juga sudah pernah didedahkan.

Penglibatan beliau dengan International Institute of Islamic Thought (IIIT) sememangnya diketahui ramai. Apa yang menarik ialah Smith tidak pula (atau belum lagi) menghuraikan berkenaan IIIT secara terperinci. Kita percaya bahawa lokasi IIIT di Langley, yang juga menempatkan pejabat CIA bukanlah satu kebetulan. IIIT adalah diwujudkan oleh CIA.

Menurut beberapa sumber, hasil penyelidikan pemikiran umat Islam oleh IIIT digunakan oleh CIA untuk memanipulasi, melaga-lagakan dan memusnahkan negara-negara Islam secara halus dan tersusun.
Melalui IIIT juga diwujudkan Muslim fanatik, Muslim liberal di seluruh dunia bagi mengekang Muslim fundamental iaitu yang berfahaman sederhana selaras dengan ajaran Islam sebenar.

CIA tahu bahawa Muslim fanatik akan secara automatik akan bertelagah dengan Muslim fundamental. Jika perlu, CIA akan menimbulkan isu melalui agen-agen mereka di negara-negara berkenaan, menyemarakkan kebencian sehingga memabawa kepada kekecohan dan mungkin juga perang saudara dan pemberontakan.

Apabila negara-negara Islam mula lemah akibat pertelagahan sesama sendiri, barat akan memberi sokongan, bantuan malah dana untuk mengembangkan fahaman liberal di negara-negara tersebut melalui berbagai sudut, bentuk dan cara.

Maka kita wajar faham bahawa tajaan wang yang dikatakan diterima oleh Anwar dari kumpulan ektremis Islam tadi adalah berakar umbi dari barat, iaitu CIA juga - mungkin pada ketika itu, tanpa disedari oleh Anwar mahupun kumpulan-kumpulan ektremis Arab itu sendiri.
Yang jelasnya, hari ini, kita tahu bahawa Anwar memang cukup sedar mengenai tangan-tangan CIA di dalam IIIT. Tidak mungkin beliau tidak tahu kedudukan sebenar apabila namanya terletak sebaris dengan tokoh-tokoh Yahudi Zionis dan Muslim liberal di dalam beberapa pertubuhan yang berkait rapat dengan CIA.

Selain wang dari kumpulan ektremis Islam, Smith menyebut satu lagi punca kewangan Anwar yang mungkin belum pernah diketahui sebelum ini, iaitu Petronas dan bagi pihak rakyat Malaysia keseluruhannya, kita yakin inilah yang menjadi persoalan utama yang timbul dari 4 bab buku ini.

Menurut Smith, data kewangan Petronas yang memusykilkan telah pun dibawa ke perhatiannya lama sebelum Anwar mula menunjukkan warna sebenar kepada Malaysia.

Pada mulanya, pekerja bawahannya telah mengesan penjualan minyak Petronas dalam jumlah yang kecil, tetapi di bawah harga pasaran. Namun, beliau telah menganggap bahawa ianya terlalu kecil untuk dikesan atau diberi perhatian pada waktu itu.

Nama Hassan Marican kemudiannya muncul di dalam fail risikannya pada tahun 1990, sebagai seorang yang berkait rapat dengan Anwar yang merupakan juniornya di MCKK.

Menurut rekod juga, bapa Hassan pernah bekerja dengan bapa Wan Azizah pada tahun 1970an. Anwar dikatakan membawa Hassan masuk ke Petronas dan menolaknya terus ke tampuk kuasa tertinggi syarikat tersebut pada 1995.

Tun Mahathir agak sangsi pada mulanya kerana Hassan baru berumur 43 tahun pada waktu itu, bagaimanapun, beliau mempercayai penilaian Timbalannya lalu bersetuju dengan perlantikan Hassan.

Memainkan harga minyak hanyalah perkara kecil bagi kedua-dua bekas MCKK ini. Apa yang lebih hebat ialah bagaimana mereka membentuk rangkaian yang melibatkan pembinaan, pembelian dan perkhidmatan melalui Petronas yang bernilai berbillion pound.
Dana dari rangkaian Wahhabi-CIA dan Petronas serta entah berapa billion lagi dari berbagai sumber lain itulah yang digunakan oleh Anwar Ibrahim yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada waktu itu, untuk membina sokongan dan empayar tersendiri sekali gus, menjatuhkan Tun Dr. Mahathir.

Memandangkan Wahhabi atau CIA bukanlah perkara yang dekat dengan rakyat Malaysia, maka kita letakkan dua perkara ini ke tepi dan biarlah Anwar atau kerajaan atau entiti yang lebih besar menangani mereka.

Sebagai rakyat marhaen, kita hanya ingin tahu apakah benar Petronas telah secara tidak langsung menaja seorang pengkhianat, peliwat dan penzina untuk menjadi Perdana Menteri negara kita? Dan benarkah Hassan Marican terlibat sama?
Petronas dan Hassan wajib menjawab kemusykilan rakyat.

Ahad, 13 Mei 2012

ULASAN: Awas Bahaya Syiah Yang Dibawa Oleh Khalid Mohd Ismath - Pelajar Undang-Undang UiTM Shah Alam


ULASAN:  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيمِ  

Kami ABIM Melaka Bandar merasa bertanggungjawab demi Aqidah yang sahih dan berpegang teguh dengan ajaran Nabi SAW, ingin mendedahkan siapa sebenarnya Khalid Mohd Ismath, yang merupakan seorang pemimpin mahasiswa dan juga merupakan Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM). Anda boleh membaca artikel dari sebuah laman blog yang kami kongsikan di hujung ulasan pihak Editor. 

1. Sebelum itu, kami ingin memberi sedikit ulasan. Untuk pengesahan, para pembaca boleh semak 
di laman sosial Facebook Khalid Mohd Ismath sendiri tentang pegangan Aqidah beliau. 


Setelah anda klik link di atas, cuba lihat alamat laman Facebook beliau: https://www.facebook.com/khalid.shiite.ummat.hizbullah


2. Lihat sendiri komen komen pemimpin mahasiswa berkenaan.

Beliau sendiri mengakui bahawa beliau adalah Syiah?

Walau bagaimana pun, kami bukan bertujuan mahu mengaibkan beliau. Tetapi sekadar menghebahkan kepada golongan yang berpegang teguh kepada Aqidah 'Ahlus Sunnah Wal Jama'ah (ASWJ) yang cintakan Nabi SAW dan mendokong para Khulafa' al-Rasyidin seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khatab, Uthman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, agar berwaspada dengan pemimpin mahasiswa berkenaan. 

Semoga ALLAH SWT memberi hidayah kepada saudara Khalid Mohd Ismath agar kembali kepada ajaran Nabi SAW yang sebenar-benarnya.

Oleh itu, kami berharap seluruh pimpinan PAS agar berhati-hati dengan golongan-golongan yang terpesong aqidahnya. Dan pimpinlah mereka ini agar kembali kepada Aqidah ASWJ yang tulen.

Sekian,

Wallahu'alam.

ARTIKEL ASAL:  Awas Bahaya Syiah Yang Dibawa Oleh Khalid Mohd Ismath - Pelajar Undang-Undang UiTM Shah Alam -






Jelas melalui sesawang blog syiah ini http://www.shia-explained.com/my/ yang diambil melalui LINK KHALID MOHD ISMATH adalah sesat lagi menyesatkan AQIDAH ASWJ.  Mereka yang berpegang dengan ajaran sesat Syiah Imamiah Ithna Asyariyyah adalah kafir dan terkeluar dari aqidah ASWJ serta mereka bukan lagi saudara Islam kita. Jangan terperdaya dan bersama mereka dalam apa-apa aktiviti sekalipun.  Awas dan hati-hati dengan agenda jahat mereka bergerak dengan berselindung disebalik taqiyah.  Jangan biarkan si Khalid ini mengambil kesempatan masuk dalam sebarang aktiviti pelajar dan NGO.  Bahaya syiah, apabila mereka kuat bertapak di negara kita Malaysia, mereka akan melaksanakan cita-cita mereka membunuh dan menghapuskan orang yang berpegang dengan ASWJ.  




Khalid Mohd Ismath dari pemuda Parti Sosialis ini sangat bahaya.  Beliau bekas pelajar UiTM Merbok dalam jurusan diploma undang-undang pada tahun 2010.  Sekarang melanjutkan pelajaran di UiTM Shah Alam.  Beliau terlibat secara aktif sebagai pengikut syiah tegar semasa beliau belajar di peringakat sekolah menengah.  Khalid sangat licik bergerak masuk dalam pergerakan pelajar.  Beliau cuba mencari pengaruh untuk mendapat sokongan ramai khususnya pelajar IPT.  Kita sedia maklum, ajaran syiah sesat "Imamiah Ithna Asyariyyah" adalah suatu ajaran sesat lagi kafir yang terkeluar dari ajaran Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).  Bagi mereka menipu kepada ASWJ adalah halal dan mendapat pahala.  Khalid berpura-pura menjadi pejuang kebebasan akademik dan kebebasan suara pelajar.  Bagi yang tidak faham apa itu ajaran syiah sesat yang sebenarnya, mudah tertipu dan ditipu. 



Tidak ada iman bagi yang tidak bertaqiyyah.  Inilah rukun iman orang-orang syiah. Lebih kurang 90% taqiyyah dengan menipu orang-orang sunni.  Khalid boleh menipu orang-orang yang tidak belajar kitab-kitab syiah dan tidak boleh menipu kami yang arif pasal ajaran syiah yang sesat lagi kafir.  Di sini, kami tidak perlu jelaskan apa itu syiah dan ajaran pembohongannya.  Anda boleh semak penjelasan dalam blog bahaya syiah.  Khalid sudah mula menggunakan pentas parti politik dengan alasan berjuang untuk meruntuhkan kerajaan zalim BN/UMNO, supaya rakyat percaya bahawa beliau adalah pejuang tulin. Sebenarnya, khalid dan rakan-rakan syiahnya tetap membenci orang sunni yang mereka panggil dengan nama Nasibi @ Nawasib (najis tidak boleh disucikan dan kafir).



Untuk mencari pengaruh dan cuba mempengaruhi orang-orang sunni yang jahil terhadap syiah, maka mereka akan gunakan bermacam-bermacam pendekatan dan strategi menarik minat ASWJ ke ajaran syiah yang sesat.  Mereka sanagguap berpura-pura dan sanggup berada dibarisan hadapan supaya masyarakat nampak bahawa orang syiah sahaja yang berani dan menjuarai pejuangan rakyat.  Sama juga Iran yang tunjuk garang dan seolah-olahnya benci terhadap Amerika dan Israil sedangkan Amerika dan Yahudi bebas bergerak di Iran.  Inilah yang dikatakan orang munafiq sepertimana Abdullah bin Saba yang merupakan pelupur gerakan syiah sesat semenjak zaman Saiyidina Ali r.a.. Sifat mereka yang munafiq ini boleh dirujuk dalam al-Quran, ayat 8-20 dalam surah al-Baqarah.

Gerakan pelajar, NGO dan parti politik kena hati-hati dengan gerakan kumpulan si khalid yang sesat lagi menyesatkan ini.  Jagan bagi dia peluang masuk mana-mana organisasi, jika anda mahu selamat.  Jika tuan-tuan masih degil dan percaya dengan Khalid ini, silakan ... selepas ini jagan sesal apabila si munafiq ini buat kacau dan merosakkan organisasi anda.  Kami sentiasa mengikuri gerak-gerinya yang banyak bertaqiyah. Jangan negera kita ini jadi macam di Iraq dan kini di Syria.  Perdana Menteri Syria dengan sokongan Iran dengan membunuh sekian  ramai orang-orang suni di sana, kerana bagi mereka halal darah orang suni untuk dibunuh apabila ada peluang. Harus diingat dan difahami, syiah bukan mazhab dan bukan ajaran Islam. 









  • Mohammd Islam Inmalaysia
    Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!
    [4]
    Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!
    [5]
    Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).
    [6]
    (Ingatlah) demi sesungguhnya! - Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.
    [7]
    Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!
    [8]
    Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)! surah At-Takaathur

    kamu betul pasti syiah sesat , ni jawapan awak.

    • Mohammd Islam Inmalaysia
      awak mahu beli tanah neraka beb mari saya bantu , awak fitnah 500 juta org di seluruh dunia , fitnah itu di sisi al quran adalah teruk lg dari bunuh org atau zina , so buat byk lg.

      • Yusuf Mustapa Usopb · Works at Kuala Lumpur, Malaysia
        parlimen akan dibubarkan mingu depan..

      Rabu, 9 Mei 2012

      PANAS! Bukti Penyokong #bersih Hina DYMM Sultan Selangor. Tolong Sebarkan!

      Terkejut MyMassa bila baca komen ini di Malaysiakini.



      Komen tersebut dipaparkan dalam artikel ini (http://www.malaysiakini.com/news/197320).




      MyMassa cuba akses profil Syed Abd Hakiim di sini (https://www.facebook.com/profile.php?id=100002013425025).




      Apa yang membuatkan MyMassa terkejut adalah Syed Abd Hakiim merupakan seorang penyokong tegar BERSIH!!!



      Tidak hairanlah kenapa dia begitu biadap dengan DYMM Tuanku Sultan Selangor. Kerana salah satu matlamat utama BERSIH adalah menghapuskan Raja-raja Melayu dan membentuk negara REPUBLIK dengan Anwar Ibrahim sebagai Presiden Pertama Malaysia.






      Tolong sebarkan pendedahan ini untuk sedarkan orang Melayu bahawa BERSIH sememangnya bermatlamat untuk menggulingkan Kerajaan dan Raja-raja Melayu dengan menggunakan tuntutan pilihanraya sebagai topeng mereka. Tidak hairanlah kenapa penyokong BERSIH sanggup derhaka kepada Raja-raja Melayu kerana bagi mereka, Anwarlah raja mereka yang cuba mereka naikkan dengan gulingkan Kerajaan.



      *PDRM, SKMM.....mohon sangat-sangat penderhaka ini diambil tindakan sewajarnya. DAULAT TUANKU!!!

               Tauke Ikan berkata...


      apsal aku rasa macam nak tangan je muka syed tu lepas tengok gambar dia kat bersih tu ha??!! mungkin sebab dia pakai seluar slack licin baju masuk dalam kot? rupa dia ni ada rupa orang dah boleh mengundi ke? macam budak sekolah pun ada

      Tanpa Nama berkata...
      Muka geek siot mamat ni. Mcm Steve Urkel dlm Family Matters. Tapi ganaz gak geek ni sampai bleh hina Sultan Selangor. Geng2 Selangor tak marah ke dak Ganu ni hina Sultan korang?

      Tanpa Nama berkata...
      Lahir tahun 1994 dah nak citer pasal politik. Nie musti kecik2 dulu blaja kat PASTI. Bila besar dah jadi pengganas BERSHIT. Baru umo 18 thn, berani hina Sultan. Gelap masa depan mamat nie.

      Tanpa Nama berkata...
      kalau nak selamat jgn pakai spender... dok lokap tak yah buka sluar... nak jadi jahat tak nak study dulu... otak babi disanjung tinggi otak sendiri taruh ditepi... pejuang hamas...

      Tanpa Nama berkata...
      dak syed ni OKU ke ?

      Tanpa Nama berkata...
      Ada budak bawah umo join kotor 3.0 rupenyer. Patutlah ramai yer. Ingatkan sumer join kotor 3.0 tu pengundi. Kantoi lagi geng pembangkang kali ni.

      Tanpa Nama berkata...
      nak republik pi dok singapura la..

      AkaZukii ChaCha berkata...
      kat thai pun kena penjara ok hina raja...kalau budak ni lepas....patut bersyukur..ni kes pk singkat la ni nk glamer.

      Tanpa Nama berkata...
      boleh aku buat satu statement?Kalau jumpa budak ni kita belasah dia ramai2. biar dia tahu dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung.

      Tanpa Nama berkata...
      Apsal aku tengok muka budak ni macam muka mamat masuk air je??? Patut la kepala weng semacam je... Kah kah kah kah kah... Suruh dia duduk negeri Pork Nick la, dapat air teh free dari paip, kalau bernasib baik, dapat minum angin dari paip tu juga. CUKUP MENAKJUBKAN!!!! Kah kah kah kah

      Tanpa Nama berkata...
      umpama kera yg di berikan bunga...