 |
Hassan perlu jawab
Konathan Smith! |
BUKU
dalam talian The ‘I’ Files oleh Jonathan Smith yang membongkar
kisah-kisah Anwar kini mula diperkatakan umum.
Seperti yang ditulis sebelum ini iaitu kebanyakan kisah yang diceritakan adalah
rahsia umum, setidak-tidaknya bagi para pemerhati politik veteran.
Kisah Anwar
kahwin lari, bapa Wan Azizah mengamuk ingin menembak Anwar bukanlah sulit
walaupun mungkin ramai anak-anak muda hari ini belum pernah mendengarnya. Malah, kisah-kisah bagaimana beliau ditaja
oleh kumpulan ektremis Islam, pendokong Wahhabi juga sudah pernah
didedahkan.
Penglibatan
beliau dengan International Institute of Islamic Thought (IIIT)
sememangnya diketahui ramai. Apa yang
menarik ialah Smith tidak pula (atau belum lagi) menghuraikan berkenaan IIIT
secara terperinci. Kita percaya bahawa
lokasi IIIT di Langley, yang juga menempatkan pejabat CIA bukanlah satu
kebetulan. IIIT adalah diwujudkan oleh
CIA.
Menurut beberapa sumber,
hasil penyelidikan pemikiran umat Islam oleh IIIT digunakan oleh CIA untuk
memanipulasi, melaga-lagakan dan memusnahkan negara-negara Islam secara halus
dan tersusun.
Melalui IIIT
juga diwujudkan Muslim fanatik, Muslim liberal di seluruh dunia bagi mengekang
Muslim fundamental iaitu yang berfahaman sederhana selaras dengan ajaran Islam
sebenar.
CIA tahu bahawa
Muslim fanatik akan secara automatik akan bertelagah dengan Muslim
fundamental. Jika perlu, CIA akan
menimbulkan isu melalui agen-agen mereka di negara-negara berkenaan,
menyemarakkan kebencian sehingga memabawa kepada kekecohan dan mungkin juga
perang saudara dan pemberontakan.
Apabila
negara-negara Islam mula lemah akibat pertelagahan sesama sendiri, barat akan memberi sokongan, bantuan malah
dana untuk mengembangkan fahaman liberal di negara-negara tersebut melalui
berbagai sudut, bentuk dan cara.
Maka kita wajar
faham bahawa tajaan wang yang dikatakan diterima oleh Anwar dari kumpulan
ektremis Islam tadi adalah berakar umbi dari barat, iaitu CIA juga - mungkin
pada ketika itu, tanpa disedari oleh Anwar mahupun kumpulan-kumpulan ektremis
Arab itu sendiri.
Yang jelasnya,
hari ini, kita tahu bahawa Anwar memang cukup sedar mengenai tangan-tangan CIA
di dalam IIIT. Tidak mungkin beliau
tidak tahu kedudukan sebenar apabila namanya terletak sebaris dengan tokoh-tokoh
Yahudi Zionis dan Muslim liberal di dalam beberapa pertubuhan yang berkait rapat
dengan CIA.
Selain wang
dari kumpulan ektremis Islam, Smith menyebut satu lagi punca kewangan Anwar yang
mungkin belum pernah diketahui sebelum ini, iaitu Petronas dan bagi pihak rakyat
Malaysia keseluruhannya, kita yakin inilah yang menjadi persoalan utama yang
timbul dari 4 bab buku ini.
Menurut Smith,
data kewangan Petronas yang memusykilkan telah pun dibawa ke perhatiannya lama
sebelum Anwar mula menunjukkan warna sebenar kepada
Malaysia.
Pada mulanya, pekerja
bawahannya telah mengesan penjualan minyak Petronas dalam jumlah yang kecil,
tetapi di bawah harga pasaran. Namun,
beliau telah menganggap bahawa ianya terlalu kecil untuk dikesan atau diberi
perhatian pada waktu itu.
Nama Hassan
Marican kemudiannya muncul di dalam fail risikannya pada tahun 1990, sebagai
seorang yang berkait rapat dengan Anwar yang merupakan juniornya di
MCKK.
Menurut rekod juga, bapa
Hassan pernah bekerja dengan bapa Wan Azizah pada tahun 1970an. Anwar dikatakan membawa Hassan masuk ke
Petronas dan menolaknya terus ke tampuk kuasa
tertinggi syarikat tersebut pada 1995.
Tun Mahathir
agak sangsi pada mulanya kerana Hassan baru berumur 43 tahun pada waktu itu,
bagaimanapun, beliau mempercayai penilaian Timbalannya lalu bersetuju dengan
perlantikan Hassan.
Memainkan harga
minyak hanyalah perkara kecil bagi kedua-dua bekas MCKK ini. Apa yang lebih hebat ialah bagaimana mereka
membentuk rangkaian yang melibatkan pembinaan, pembelian dan perkhidmatan
melalui Petronas yang bernilai berbillion pound.
Dana dari
rangkaian Wahhabi-CIA dan Petronas serta entah berapa billion lagi dari berbagai
sumber lain itulah yang digunakan oleh Anwar Ibrahim yang merupakan Timbalan
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada waktu itu, untuk membina sokongan dan
empayar tersendiri sekali gus, menjatuhkan Tun Dr. Mahathir.
Memandangkan
Wahhabi atau CIA bukanlah perkara yang dekat dengan rakyat Malaysia, maka kita
letakkan dua perkara ini ke tepi dan biarlah Anwar atau kerajaan atau entiti
yang lebih besar menangani mereka.
Sebagai rakyat
marhaen, kita hanya ingin tahu apakah benar Petronas telah secara tidak langsung
menaja seorang pengkhianat, peliwat dan penzina untuk menjadi Perdana Menteri
negara kita? Dan benarkah Hassan Marican
terlibat sama?
Petronas dan
Hassan wajib menjawab kemusykilan rakyat.
Tauke Ikan berkata...
Tanpa Nama berkata...
Tanpa Nama berkata...
AkaZukii ChaCha berkata...